Wednesday, December 10, 2008

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari
sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh
sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya
sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal
fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah
azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang
siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,
Rasullullah s. a. w. bersabda,

Monday, December 1, 2008

"Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana
anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan
arah tujuan"
Jika anda tanya diri sendiri anda tentu akan mendapat jawapannya.
Tetapi jika anda bertanya secara lebih jujur anda tentu akan
mendapat jawapan yang berbeza. Bertanya pada diri sendiri
membangkitkan dua jawapan; satu bersumberkan hati kecil
dan satu lagi bersumberkan hati besar.
Hati besar akan berkata, "Ah, persetankanlah. Aku bukan
baru setahun dua dalam bidang ni. Kalau aku kena pecat pun,
aku boleh kerja di ma na-mana saja.
Setakat kerja di sini apa sangat."
Jika hati kecil yang ditanya, jawapannya mungkin berbeza.
"Alamak, kalaulah betul aku dipecat, memang boleh dapat
kerja lain, tapi senangkah nak dapat? Umur dah lanjut,
siapa nak ambil orang tua bekerja?"
Diri anda adalah sahabat anda yang paling baik. Tatkala
semua orang menolak anda, hati kecil anda masih di situ.
Dialah teman tatkala sunyi, tatkala kebinggungan, tatkala
gagal mengawal marah, tatkala gembira, ceria mahupun
bersedih.
Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat yang terbaik,
tetapi anda sendiri lebih tahu apakah nasihat yang paling
baik. Terbaik bagi orang belum tentu terbaik bagi anda.
Dalam soal ini anda hanya memerlukan teman bicara, dia
adalah hati kecil anda sendiri.
Bertanyalah diri sendiri sebab ia sahabat paling setia.
Tanyakanlah hati kecil supaya mendapat jawapan yang
lebih jujur.
Hati besar biasanya penuh dengan ego.
Namun, bukan bermakna hati besar tidak berguna, di
situlah letaknya booster motivasi. Tanpa ego seseorang
lebih rela hidup daif konon takut riak, sombong dan takbur,
padahal pemalas. Ego menolak manusia membuktikan
sesuatu melangkaui batas keupayaan dia yang sebenar.
Itu baik, itu perlu, itu penting.
Orang lain mungkin boleh menjadi sahabat kepada anda,
tetapi ingat, diri anda sendiri adalah sahabat yang lebih
memahami. Juru nasihat terbaik diri anda adalah diri
anda sendiri, lantaran dia lebih memahami anda, dia
lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan anda.
Orang lain mungkin boleh memberikan nasihat terbaik tetapi
diri anda sendiri yang mengetahui sama ada nasihat-nasihat
itu sebenar-benarnya baik untuk anda. Bukan semua nasihat
yang baik itu dapat dilaksanakan, lantaran anda sahaja
yang mengetahui apakah ia sesuai, tepat dan mampu
anda gemblengkan tenaga ke arahnya.
Nasihat yang paling baik bukan nasihat yang boleh dicatat
dalam buku sejarah tetapi nasihat yang boleh merubah
anda. Ia mungkin mudah, tetapi cukup berkesan untuk
anda. Ia mungkin nasihat-nasihat biasa, tetapi anda
mampu melaksanakannya.
Buku bukan dinilai pada ilustrasi kulit tetapi apa yang
terkandung di dalamnya. Manusia bukan dinilai pada
wajah dan pakaian tetapi apa yang tersimpan di dalam
hatinya.
Kebijaksanaan dinilai pada tindakan bukan apa
yang berlegar dalam fikiran.
Ramai orang menjadi gagal kerana terlalu mengikut rasa
hati. Itu berbeza dari suara hati.
Rasa hati kerap dibaur
oleh rasa tidak puas, rasa tidak dipeduli, malah rasa
sakit, sedangkan suara hati adalah teman berbual
terutama tatkala anda rasa kesunyian.
Suara hati selalunya lebih jujur dalam memperkatakan
sesuatu. Apabila ia memberikan pandangan biasanya pandangan itu
mengambil kira semua kekurangan dan kelebihan
anda. Maka ia adalah sebaik-baik teman.
Suara hati adalah terbaik untuk menentukan hala
tujuan. Sama ada yang besar atau yang kecil,
kedua-duanya tetap teman. Anda boleh mendapatkan
pandangan dan pendapat orang lain, namun
bermuafakatlah dengan diri sendiri tatkala hendak
menentukan arah tujuan.

Wednesday, November 26, 2008

Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saja artikel ni yek!

Jarang dan kecil.
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orangl ain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.Beralah sajalah!


Bersaiz sederhana dan rata .
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?


Besar dan jarang .
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!


Jongang dan kecil.
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi ‘ke depan’ tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!


Jongang dan besar .
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!


Tidak tersusun .
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya ‘cantik’. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.


Seolah masuk ke dalam.
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah ‘ke dalam’ sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.


Kecil dan tersusun
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

Nota: Rahsia ini tak termasuk kepada sesapa yg telah takde gigi...gigi palsu atau yg telah diubah-suai..

Monday, November 24, 2008


1-"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang
keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita
yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah
untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah
untuk wanita-wanita yang baik (pula)". (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka
perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam
dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh,
jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan
hanya yang baik buat kita. Amin.

2-"Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara
kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari
hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika
mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan
kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi
Maha Mengetahui". (An Nur: 32)
Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan
bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya
adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang
peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan
pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka
tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari
gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, "adakah cukup
untuk berkeluarga dengan gaji sekian?".
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih
ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan
ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda
dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi
nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi
tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang
perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka
yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab
para pemuda bertambah - dengan kewajiban menafkahi
isteri-isteri dan anak-anaknya - maka Allah akan
memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat
kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang
bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa
ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang
melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?

3-" Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong
mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang
hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang
yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya" .
(HR. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis
no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga
kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan
dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan
pertolongan Allah itu pasti datang.

4-"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih
dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang
berfikir" (Ar Rum : 21)

5-"Dan Tuhanmu berfirman : 'Berdoalah kepada-Ku,
nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya
orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Ku
akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina' ".
(Al Mu'min : 60)
Ini juga janji Allah 'Azza wa Jalla, bila kita berdoa
kepada Allah nescaya akan diperkenankan- Nya. Termasuk
di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan
pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan
sbgnya.
Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya
doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh,
merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat kedua
tangan, dll.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam
berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu
sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat
turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan ,
pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turun
hujan, dll.
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di
antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga
makan, minum dari usaha dan sumber yang haram,
melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini
kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat
meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui
bahwa Allah Maha Mendengar, dll.
Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai
maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap
agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang
menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini
jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis
berikut yang merupakan peringatan keras dari
Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam:
"Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun,
lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak
diterima solatnya selama empat puluh malam". (Hadis
sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)
Telah bersabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wa
sallam, "Maka janganlah kamu mendatangi
peramal-peramal nasib itu." (Sahih riwayat Muslim juz
7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam,
"Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna
(sihir) itu adalah (hukumnya) syirik." (Hadis sahih
riwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530),
Ahmad dan Hakim).

6-"Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar
dan solat". (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat.
Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga
harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu
'alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya
dan terbebas dari bid'ah-bid'ah.

7-"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada
kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada
kemudahan". (Alam Nasyrah : 5 - 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh
yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa
sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada
Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada
kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali
dalam Surah An- Nasyrah.

8-"Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong
(agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan
meneguhkan kedudukanmu" . (Muhammad : 7)
Supaya Allah Tabaraka wa Ta'ala menolong kita, maka
kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di
jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan
penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu
penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semoga
Allah menolong kita.

9-"Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang
menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar
Maha Kuat lagi Maha Perkasa". (Al Hajj : 40)
10-"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat
dekat".(Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi
janjinya. Kalaupu

Friday, November 21, 2008

bunga berduri.....


<----- Besar kan...









<---- pilih-pilih.....


Thursday, November 20, 2008

Hai...
Lihat lah bunga-bunga untuk terang kan mata....

































Bunga-bunga yang segar... hari-hari tengok pun tak akan jemu...
Tapi ia akan layu,
jadi kita jangan lah jadi macam bunga.... hehehe........

;;
Related Posts with Thumbnails